pada malam ini.. setiap yang berlaku mengundang misteri

Monday, 24 October 2016

Budak Kecik



Malam ini, Nini pulang lewat kerana harus menyiapkan beberapa kerja urgent di pejabat. Sesampai di parking,

tiada seorang pun yang berada di situ.

Nini menjerling jam di tangan.

"Huh.. Dah dekat pukul 12.30 malam." Tiba-tiba darahnya berderau teringatkan kisah yang diceritakan oleh

penghuni-penghuni pangsapuri itu berikutan kes misteri seorang budak kecil yang sering muncul setiap malam

Jumaat sejak lebih kurang 3 bulan yang lalu.

Pada mulanya, mereka tidak perasan kejadian ini berlaku setiap malam Jumaat namun setelah mesyuarat

diadakan barulah analisa dibuat setelah mengambil keterangan dari beberapa penghuni yang pernah terkena

gangguan.

Gangguan pertama berlaku terhadap seorang gadis yang baru pulang dari kuliah. Selepas kuliah, dia bersama

teman lelakinya pergi malam makan. Mereka pulang lewat kerana teman lelakinya leka menonton perlawanan bola

sepak di restorant Mamak.

Setiba di pangsapuri, seperti biasa teman lelakinya akan menghantar dia di parking tingkat 1 berdekatan dengan

lift.

"Kak.. Maaf ganggu. Boleh tolong saya kak? Dari tadi saya cari mak dan adik saya tapi tak jumpa. Tadi kami

berjalan-jalan di sini. Mak bawa saya pergi tengok kolam. Bila saya pandang mak, saya tengok mak dan adik saya

sudah tiada."

Panjang lebar budak seusia 6 tahun itu menerangkan situasinya.

"Kuss semangat.. Terkejut akak." Kata Ina apabila ditegur dari belakang.

"Nama adik siapa? Adik tinggal di sini ke? Akak tak pernah lihat adik di pangsapuri ini"

"Nama saya Kemboja. Saya baru sampai di sini. Mak kata nak bawa mandi kolam. Tapi bila sampai, kolam dah

tutup."

"Oooo.. Adik ingat tak dekat mana rumah adik?"

Budak kecil itu hanya menggelengkan kepala.

Ya tak ya juga. Budak sekecil ini manalah tahu akan perkara-perkara penting begini. Ngomel Ina dalam hati.

Ina melihat jam di tangannya. Dah dekat pukul 12 malam ini. Mana aku nak minta tolong. Pejabat pangsapuri pun

dah tutup. Nak ketuk pintu rumah jiran, takut menggangu pula.

Ina membawa  pulang ke rumahnya. Tadi sebelum balik ke rumah. dia mencari-cari mak Kemboja di kolam yang

dikunjungi oleh budak kecil itu sebelum dia terpisah dengan ibu dan adiknya.

Selepas itu, dia membawa Kemboja ke lantai bawah di mana terdapat mini mart di situ. Selalunya mini mart tersebut

menjadi tumpuan penghuni pangsapuri untuk memberi barang keperluan namun malam itu, mini mart yang

beroperasi 24 jam itu tutup pula.

Ina mati akal. Dia sudah tidak tahu bagaimana dia mahu lakukan lagi. Nak bawa budak kecil ini ke balai polis, dia

tidak memiliki kenderaan.

Malam itu, Ina membenarkan  Seroja bermalam di rumahnya.

"Esok pagi-pagi, aku nak ajak Nad teman aku cari mak budak ni. Kalau tak dapat, aku nak bawak pergi balai

polis."


Setibanya di rumah, bau haruman Kemboja menusuk ke rongga hidung Ina.

"Eh.. Siapa pula yang tukar pewangi rumah ini? Seram sejuk pula aku rasa..."

Ina mempersilakan Kemboja masuk. Dia kasihan melihat budak kecil ini lalu diberikan makan dan minum. Sedari

tadi, dia memerhatikan yang Kemboja kurang berkomunikasi. Mungkin terkejut dengan situasi ini.

Kemboja dibiarkan tidur di atas katilnya. Niatnya untuk mengejutkan rakan-rakannya yang lain terbantut apabila

Kemboja tiba-tiba bertanyakan itu dan ini. Ramah.. Tidak seperti tadi sehinggalah dia terlupa akan tujuan asalnya

itu.

"Takpe la, Subuh esok aku bagitahu diorang."

Sebelum melelapkan mata, satu pertanyaan Kemboja yang bermain-main di fikirannya menjadi misteri..

"Kakak.. Kemboja suka dengan kakak. Kakak jadi kakak Kemboja boleh? Kawan-kawan Kemboja semua tak suka

main dengan Kemboja."

"Mestilah boleh. Nanti kalau dah jumpa mak Kemboja, bila-bila Kemboja nak datang sini, datanglah. Tapi, kalau

akak tak ada kelas la."

Sebaik dia melafazkan kata-kata itu, dia melihat budak kecil itu telah lena.

Lantas lampu di tutup dan Ina pun di buai mimpi.

Keesokan harinya, rumah bujang itu kecoh akan kehilangan Kemboja.

Ina cuba bertanyakan teman-temannya, siapakah yang membuka pintu dan membenarkan Kemboja keluar, namun

tiada siapa yang mengaku.

"Kau mimpi agaknya.." Sofia cuba menenangkan Ina.

"Tak.. Aku yakin aku tak mimpi. Aku memang bawa dia balik. Sampai dekat rumah aku kasi dia makan lepas tu

kami berbual sebelum tidur."

"Pinggan ni kau ke yang makan Ina?" Latifah menunjukkan pinggan yang diambil di tepi sinki. Nasi goreng masih

penuh di dalamnya.

"Ya.. Aku tak sempat basuh semalam sebab Kemboja takut tinggal sendirian di bilik. Tapi semalam dia makan habis

semua nasi goreng tu." Terang Ina panjang lebar.

"Semalam.. aku ada terjaga nak ke bilik air. Masa aku lalu depan bilik kau, aku dengar kau sedang berbual-bual.

Aku ingat kau sedang cakap dalam phone, jadi takde la aku menjengah. Aku nak tanya kau ke yang tukar

pewangi rumah ni. Bau bunga kemboja. Takut aku.." Sofia berbahasa pula.

"Patutlah bila aku pergi ke mini mart tadi, Mat Bangla tu tanya aku pasal kau. Dia kata kau semalam cakap

sorang-sorang. Dia tanya ko nak cari barang apa, tapi kau terus blah."

Ina semakin pelik. Dia yakin malam itu dia bersama Kemboja.


Tanpa Ina sedari, ada mata yang sedang memerhatikan tingkahnya.

......................................


"Hari ni hari apa ya?" Terus terdetik di dalam fikirannya.

"Ya Allah, malam ini malam Jumaat." Langkah dilajukan. Bimbang jika gangguan yang sama berlaku kepadanya

pula.

Cepat-cepat dia menutup lift dan menekan nombor 13. Dia mahu cepat sampai di rumah. Silapnya kerana terlalu

leka membuat kerja sehingga pulang lewat malam begini.

Dalam hatinya, tidak henti-henti membaca surah-surah yang diketahui. Namun dek kerana perasaan takut dan

cuak, bacaan surah itu menjadi tunggang- langgang.

Tiba-tiba..

"Kak.. Boleh tolong saya kak?"...

Berderau hatinya. Suara siapakah itu. Setahunya, sewaktu dia masuk ke dalam lift tadi. Tiada sesiapa pun yang

berada di dalam lift.

Nini ragu-ragu untuk menoleh.

Namun, dia cuba untuk menjerling sekilas dari arah belakang suara tersebut kedengaran.

Bulat matanya apabila melihat......




Bersambung....